Skip to main content

Apa Itu Sumac dan Khasiatnya?

Untuk artikel pertama kami, kami akan review tentang khasiat Sumac. Rempah Sumac ni menjadi sebutan orang ramai lagi lagi dengan musim kes Covid yang meningkat tinggi dari hari ke hari. Ramai yang menanggap sumac sebagai ikhtiar dan juga penawar kepada wabak virus ini. Namun, untuk makluman anda, tiada  kajian terperinci yang boleh membuktikan keberkesanan Sumac dalam merawat COVID sehingga hari ini. JAKIM juga telah menafikan hal ini dalam sebuah status di Facebook

Ramai yang masih tak tahu sumac tu apa kan? Untuk makluman pembaca, rempah Sumac ini telah digunakan sejak sekian lama oleh masyarakat Timur Tengah dalam masakan harian yang boleh membangkitkan rasa dalam makanan. Rempah yang bewarna merah ini berasal dari buah beri Sumac yang dikeringkan dan dikisar sehingga menjadi serbuk. 



Berdasarkan artikel yang dipetik dari Alhannan, ada 7 khasiat yang telah dikaji secara saintifik mengenai khasiat rempah Sumac. 

1) MENGAWAL KANDUNGAN GULA DALAM DARAH
Menurut Dr. Josh Axe menerusi Dr. Axe.com, terdapat kajian telah membuktikan bahawa khasiat sumac dapat membantu mengekalkan bacaan gula normal dalam darah, serta membantu menurunkan kadar gula sehingga 13%.
Hal ini turut disokong oleh sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 menerusi Journal of Research in Medical Sciences, di mana ia dikatakan berpotensi mengawal kadar insulin dan menstabilkan kadar gula dalam darah.

2) KAYA ANTI-OKSIDAN
Salah satu kelebihan sumac juga adalah kerana kandungan anti oksidannya yang tinggi berbanding kebanyakan herba dan rempah lain.
Menurut sumber, kandungan anti oksidan yang terdapat dalam sumac adalah melebihi kayu manis, oregano, acai berry serta banyak lagi buah-buahan dan sayuran lain.
Apa kelebihan makanan yang kaya anti-oksidan ini?
Antaranya dapat mencegah penyakit jantung, melawan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan mengurangkan gejala osteoarthritis. 

3) MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL
Dalam sebuah penelitian oleh Tehran University of Medical Sciences di Iran, antara khasiat sumac yang telah didapati adalah ia berupaya mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida. Seperti yang kita tahu, kadar kolesterol yang terlalu tinggi dalam arteri akan membentuk sumbatan pada otot jantung hingga terpaksa bekerja lebih keras sekaligus menjadi faktor risiko terhadap penyakit jantung .

4) DIGUNAKAN SECARA TRADISIONAL UNTUK KESIHATAN WANITA

Sumac juga boleh dijadikan jus atau teh dan ia digunakan secara turun-temurun untuk merawat masalah kesihatan wanita, menambah susu ibu, mengurangkan senggugut dan cramp. Ia turut digunakan secara luaran untuk mengatasi masalah discaj vagina yang berlebihan.

5) MEMBANTU KEKUATAN TULANG
Terdapat kajian mendakwa sumac berpotensi digunakan untuk meningkatkan kekuatan tulang. Ini kerana ia mampu mencegah pereputan tulang serta menghilangkan risiko kehilangan jisim tulang.

6) TINGGI VITAMIN C 
Jus sumac biasa dijadikan minuman oleh orang asli Amerika untuk merawat demam, batuk dan penyakit skurvi oleh kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin C.

7) MENGURANGKAN KESAKITAN OTOT
Dalam Hungarian Academy of Sciences, kajian mendapati bahawa jus sumac mampu mengurangkan kesakitan otot yang dialami selepas bersenam. Disebabkan kandungan anti-oksidannya yang tinggi, ia turut membantu mengurangkan inflamasi dalam memberi kelegaan kepada sesiapa yang mengambilnya secara sederhana.

 

Macam mana rasa dan bau Sumac?
Bau dan rasanya seakan buah lemon tetapi tidak berapa masam.

Bagaimanakah cara untuk makan sumac? 
1) Sumac boleh dimakan dan suap terus ke dalam mulut. Boleh makan dengan 1 cubit. 
2)Sumac juga boleh dijadikan sebagai supplement di dalam teh atau jus. Boleh juga diredamkan di dalam air suam. 
3) Boleh ditabur atas salad atau pencuci mulut
4) Boleh juga menjadi bahan untuk perapan ayam / daging

























Rujukan: 


Comments

Popular posts from this blog

Kenali Pati Delima Gulsan Yang Boleh Mengurangkan Kolestrol Di Dalam Badan! Khasiat-Khasiatnya Yang Lain 🤯

Ramai yang dah amalkan pati delima gulsan ni, tapi ada yang masih tak tahu tentang wujudnya Pati Delima Gulsan ni. Gulsan Pati Delima di import dari Turkey dan 100% Jus Asli Buah Delima.  Pati Delima Gulsan sesuai untuk semua tidak kira lelaki, wanita, tua ataupun muda. Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia. Delima menjadi antara enam buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran! Delima merupakan sumber potasium baik untuk tekanan darah, jantung dan buah pinggang. Tahukah anda, salah satu khasiatnya ialah mengurangkan kolestrol di dalam badan. Kepada yang suka makan random tanpa mengenal kalori di dalam makanan, anda amatlah digalakkan untuk mengambil Gulsan Pati Delima sebagai supplement anda.  Antara khasiat khasiat lain ialah:  Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah Menaikkan bacaan HB bagi ibu hamil (menambah darah) Mencegah “morning sickness” Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal Menguatk